
Sukacita dimaklumkan bahawa satu kejayaan kerjasama nasional telah direalisasikan semasa Majlis menandatangani perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi Mara dan Cyber Security Malaysia pada 8 November. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada fakulti dan universiti.
Tahniah kepada Dr Shamila Mohamed Shuhidan dari Pusat Pengajian Informatik atas kejayaan sebagai peneraju Memorandum Perjanjian (MoA) ini di antara Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan CyberSecurity Malaysia.